Rumah > Makluman > Buah Zuriat Dari Mekah & Madinah

Buah Zuriat Dari Mekah & Madinah

 

>>>>> KAMI TELAH BERPINDAH KE http://herbazuriat.blogspot.com  <<<<<

Salam untuk semua,

Tanggal 27 Jun 2011, blog ini diwujudkan sebagai satu tempat rujukan untuk saudara dan saudari membeli dan memiliki buah zuriat ini. Lazimnya, info berkenaan buah ini, dari mana boleh diperolehi, khasiat, petua menggunakannya dan pengalaman pengguna buah ini dapat diperolehi di internet. Namun, info mengenainya adalah ‘scattered’ di merata-rata blog dan forum. Objektif blog ini ditubuhkan ialah sebagai ‘one stop centre’ bagi mereka-mereka yang ingin mengetahui berkenaan buah ini. Justeru, pihak pemilik blog mengalu-alukan komen bernas dan artikel atau apa sahaja sumbangan untuk menjadi blog ini sebagai blog nombor 1 untuk rujukan buah zuriat. InsyaAllah.

Gambar 1: Buah zuriat yang dikenali juga dengan buah Hawa

Buah ini sangat popular kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih tidak memiliki zuriat. Asal-usul buah ini tidak diketahui secara jelas. Yang pasti buah ini selalunya diperolehi di Mekah atau Makkah, juga di Madinah. Para jemaah haji dan umrah yang ke sana bisa sahaja menjadikan buah ini sebagai ole-ole kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sekembalinya ke tanahair terutama untuk mereka yang masih tidak mempunyai zuriat dan ingin menambahkan zuriat. Tidak semua tempat di Makkah dan Madinah boleh diperolehi buah ini. Malah, jika saudara bertanyakan buah ini kepada penduduk Makkah dan Madinah, malah kepada peniaga di sana, masih ramai yang tidak mengetahuinya. Ini menimbulkan persoalan lain samada buah ini memang berasal dari Makkah dan Madinah ataupun sebenarnya di bawa masuk dari tempat lain. Mungkin saudara ada jawapannya?

Jika saudara/i mempunyai rezeki dan kelapangan untuk ke Makkah dan Madinah, mungkin tempat yang paling ‘masyhur’ sekali untuk membeli buah zuriat ini ialah di Jabal Uhud di Madinah. Atau mungkin juga boleh cuba cari di Pasar Kurma. Jika di Makkah, boleh mencari sekitar masjid Makkah di kedai yang menjual buah kurma atau inai dan herba kering. Kadang-kadang buah ini pun boleh terselit di kedai jual tasbih juga! Paling senang ialah bertanya orang di sana samada mutawwif atau mereka yang berniaga di sana. Malu bertanya, sesatlah jalan.

Namun di Malaysia, buah ini memang sukar sekali untuk dimiliki. Lazimnya hanya diperolehi oleh mereka yang pulang mengerjakan haji dan umrah. Oleh sebab itulah, kami mengambil inisiatif untuk menjual di sini supaya lebih ramai yang boleh mencuba buah ini. Walaupun, tiada kajian saintifik di jalankan berkenaan khasiat buah ini, namun dari segi testimonial dan pengalaman pengguna, sudah ramai yang mendapat manfaat positif. Buah ini juga bukan sahaja dikatakan mampu meningkatkan kesuburan seseorang, malahan mampu merawat masalah keputihan dan darah rendah.

Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada semua Muslim & Muslimah supaya menjaga aqidah kita. Ada juga saya jumpa di sesetengah forum mengatakan buah ini boleh mendatangkan rezeki, malah jika disimpan di dalam rumah, rezeki akan bertambah. ITU SYIRIK!. Buah ini hanya satu sediaan dan usaha tradisional untuk meningkat kesuburan dan menambahkan peluang untuk hamil berdasarkan track record turun temurun masyarakat terdahulu. Buah ini sendiri tidak  ada kuasa, hanya Allah yang Maha Kuasa. Kita hanya berusaha dengan buah ini yang mungkin mempunyai khasiat tersembunyi yang masih belum dibongkar oleh manusia.

Sehingga berjumpa lagi!

Zack

About these ads
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: